ADA MASALAH KAKI? BACA TIPS PENJAGAAN KAKI YANG BETUL
ANDA ADA MASALAH KAKI? BACA SAMPAI HABIS: KAKI adalah merupakan di antara salah satu anggota badan yang sangat penting untuk kita. Setiap langkah bermula dengan kaki. Terdapat beberapa punca dapat diketahui menjadi sebab utama masalah kaki iaitu penyakit, pemilihan saiz kasut yang salah dan tidak sesuai, kaki yang semakin dimamah usia, peredaran darah yang tidak lancar di dalam badan, dan kuku kaki yang tidak dibersihkan dan dipotong dengan betul. Berat badan yang berlebihan juga menjadi salah satu asbab berlakunya permasalahan pada kaki. Anda ada masalah yang melibatkan bahagian kaki? Tahukah anda sekiranya kaki anda bermasalah, ia akan menjadi salah satu punca kepada masalah kesihatan tubuh badan, kurang tidur, tidak bermaya, dan kerap rasa tertekan. Kenalpasti punca masalah kesihatan, dan carilah penyelesainnya. Jom sama-sama kita amalkan beberapa Tips Penjagaan Kaki berikut: 1) Periksa kaki setiap hari : pastikan kaki dalam keadaan baik, kenalpasti keadaan kaki...