ADA MASALAH KAKI? BACA TIPS PENJAGAAN KAKI YANG BETUL


Image result for penjagaan kaki untuk pesakit diabetes

ANDA ADA MASALAH KAKI? BACA SAMPAI HABIS:


KAKI adalah merupakan di antara salah satu anggota badan yang sangat penting untuk kita. Setiap langkah bermula dengan kaki. Terdapat beberapa punca dapat diketahui menjadi sebab utama masalah kaki iaitu penyakit, pemilihan saiz kasut yang salah dan tidak sesuai, kaki yang semakin dimamah usia, peredaran darah yang tidak lancar di dalam badan, dan kuku kaki yang tidak dibersihkan dan dipotong dengan betul. Berat badan yang berlebihan juga menjadi salah satu asbab berlakunya permasalahan pada kaki.

Anda ada masalah yang melibatkan bahagian kaki? Tahukah anda sekiranya kaki anda bermasalah, ia akan menjadi salah satu punca kepada masalah kesihatan tubuh badan, kurang tidur, tidak bermaya, dan kerap rasa tertekan. Kenalpasti punca masalah kesihatan, dan carilah penyelesainnya.

Jom sama-sama kita amalkan beberapa Tips Penjagaan Kaki berikut:


1) Periksa kaki setiap hari : pastikan kaki dalam keadaan baik, kenalpasti keadaan kaki sama ada mempunyai sebarang tanda-tanda kurang baik.

2) Cuci kaki, celahan jari, dan jari kaki dengan bersih ketika mandi, kemudian lap dan keringkan dengan tuala yang bersih.

3) Lakukan aktiviti yang menggalakkan pengaliran darah ke bahagian kaki:
  • Senaman kaki secara berkala
  • Uurutan lembut pada kaki
  • Rendam kaki dengan air suam dicampur garam
  • Rehatkan kaki di paras yang sedikit tinggi jika terlalu lama berdiri atau berasa letih 

4) Elakkan melakukan aktiviti yang boleh menghalang peredaran darah ke bahagian kaki:
  • Tekanan akibat memakai kasut yang ketat
  • Duduk terlalu lama
  • Duduk bersilang kaki terlalu lama
  • Memakai seluar atau stokin kaki yang ketat
5) Gunakan losyen pelembab pada kaki begi mengelakkan kulit kaki kering dan merekah

6) Gunakan kasut atau selipar yang lembut dan selesa sama ada di dalam atau di luar rumah

7) Gunkan stokin atau sarung kaki yang boleh menyerap peluh iaitu yang diperbuat daripada benang dan kapas. Pastikan stokin tersebut tidak terlalu ketat kerana ia boleh menghalang peredaran darah ke kaki.

8) Stokin atau sarung kaki mestilah ditukar setiap hari dan dicuci

9) Pakai kasut yang sesuai dengan saiz kaki, jangan memakai kasut yang berada dalam keadaan basah.

10) Pastikan kaki betul-betul kering sebelum memakai stokin dan kasut.

11) Kuku kaki mestilah dipotong dengan cara yang betul, potong secara lurus melintang dan tidak melengkung atau terlalu pendek. Untuk mengelakkan masalah kuku cengkam.

Kaki adalah salah satu anggota badan yang penting dan perlu diberi perhatian. Kaki bukan sahaja membantu kita dalam pergerakkan seharian malah ia juga menjaga keseimbangan badan kita. Ramai antara kita tidak memberi perhatian sewajarnya dalam penjagaan kaki. Tahukah anda kaki adalah terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. 1/4 daripada tulang di dalam badan kita terletak di kaki. Jadi, jika tulang-tulang ini tidak sejajar atau hilang keseimbangannya maka badan kita tidak stabil.

Ikuti kami, lebih banyak tips-tips kesihatan akan dikongsi.


BLOG KESIHATAN : SEJAGATKAN KECANTIKAN ANDA



HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN STOKIN RAWATAN KAKI, MENGATASI PELBAGAI MASALAH SENDI, MASALAH PEREDARAN DARAH DAN BANYAK LAGI.

HUBUNGI: BIO NANO SOCK


















Comments

Popular posts from this blog

APA ITU HYALURONIC ACID (HA)

TENTANG: SEJAGAT GLOBAL SDN BHD

YEAR END SALE 2018 ! _SEJAGAT GLOBAL