TENTANG: SEJAGAT GLOBAL SDN BHD


SEJAGAT GLOBAL SDN BHD (1175179-H) adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang mengeluarkan serta memasarkan produk kesihatan yang telah beroperasi selama hampir 10 tahun yang juga dimiliki oleh syarikat Legacy Secret Sdn Bhd (1059570-U), serta diterajui oleh pemilik yang sama iaitu Tuan Mohd Zahid Bin Mohd Zaki. Antara produk yang dikeluarkan oleh syarikat adalah untuk membantu mengatasi masalah kulit (skincare) dan juga produk perlangsingan (slimming). Produk keluaran syarikat kami juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga mempunyai status Halal.
Dengan lebih 100 agen seluruh Malaysia, Sejagat Global yang juga dibawah naungan Legacy Secret Sdn Bhd telah berkembang maju dengan lebih 50 jenis produk dan menawarkan konsep 3P iaitu Pemborong, Pengedar dan Peruncit. Konsep ini menawarkan harga yang berbeza untuk setiap kategori pembelian seperti Pemborong dan Pengedar manakala pengguna pula diberi potongan harga yang istimewa. Sejagat Global juga menyediakan ruang kepada usahawan untuk berniaga produk dengan modal yang sangat rendah serta mudah dijual. Antara produk yang mendapat sambutan hangat termasuklah Glutacaps Blister, Glutab, Dz Garcinia, Eye Care Candy, Moleek Jeragat dan sebagainya.
Kesemua produk tersebut adalah merupakan produk yang berasaskan minuman dan makanan kesihatan untuk kaum hawa dan adam yang mementingkan kesihatan selain untuk mereka yang menghadapi masalah dalaman dan luaran. Sehingga kini sambutan yang diterima dari dalam negara adalah sangat menggalakkan malah terdapat juga permintaan dari luar negara seperti Singapura dan Brunei yang menunjukkan minat terhadap produk Sejagat Global.

Website: Sejagat Global Sdn Bhd


Comments

Popular posts from this blog

APA ITU HYALURONIC ACID (HA)

YEAR END SALE 2018 ! _SEJAGAT GLOBAL